Home » MPN dibatalkan, kata Anwar
Berita Dalam Negara Politik

MPN dibatalkan, kata Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan, pada sidang media semalam.

PETALING JAYA: Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra.


MPN ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri kepada Kementerian Kewangan, kata menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz.

Dalam pada itu, Anwar juga sedang meneliti untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) memandangkan ada banyak badan seumpamanya, selain ada pertindihan bidang kuasa.


“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan ketua setiausaha negara (KSN), malah tugas perdana menteri juga malah banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertanggungjawab kepada timbalan perdana menteri.


Katanya, bagaimanapun mana-mana agensi kerajaan yang boleh digabungkan akan digabungkan sebagai mengelak pertindihan peranan.

EDITOR

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment