Home » Jurulatih tampar pemain: Tindakan ‘toxic-discipline’ yang perlu dihentikan
Politik Sudut Pandangan Sukan

Jurulatih tampar pemain: Tindakan ‘toxic-discipline’ yang perlu dihentikan

Bersukan adalah aktiviti yang sihat. Pertandingan sukan pula dapat memupuk sifat bersaing yang sihat dan juga platform untuk menggilap bakat - Nurul Fadzilah

Benar, disiplin sangat penting di dalam kehidupan untuk berjaya tetapi tindakan mendisiplin secara keterlaluan apatah lagi melibatkan kekerasan fizikal, terutama terhadap kanak-kanak adalah sangat tidak wajar.

Tindakan mendisiplin yang pada mulanya bersifat mengajar beralih kepada satu tindakan toksik yang memudaratkan.

Di dalam kes jurulatih menampar pemain di hadapan khalayak, tindakan sebegitu sangat tidak wajar dan perlu dihentikan.

Pelaku perlulah diambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berterusan menjadi budaya.

Sebagai seorang yang aktif bersukan dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuk bola tampar, saya merasakan tindakan yang keterlaluan itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan sebaliknya boleh membunuh minat seseorang terhadap sesuatu aktiviti sukan.

Tindakan tersebut juga semestinya menjatuhkan semangat dan air muka mangsa.

Bersukan adalah aktiviti yang sihat. Pertandingan sukan pula dapat memupuk sifat bersaing yang sihat dan juga platform untuk menggilap bakat.

Maka janganlah ia disulami dengan tindakan keterlaluan seperti penderaan mental dan kekerasan fizikal yang akhirnya mendatangkan kesan toksik kepada yang menyertainya.

Justeru itu, saya menyeru agar Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan mengambil serius tentang perkara ini.

Satu garis panduan khas kejurulatihan perlu dikeluarkan segera agar menjadi rujukan kepada semua penggiat sukan terutama diperingkat sekolah.

Ibu bapa/penjaga perlu diberi keyakinan bahawa penglibatan anak-anak mereka di dalam sukan diperingkat apapun tidak memudaratkan sebaliknya memberi kebaikan dalam pembentukan sahsiah mereka.

* Penulis ialah Nurul Fadzilah Kamaluddin, Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Penulisan hanyalah pendapat beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News.

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment