Home » Konflik Sabah boleh jejaskan Kerajaan Perpaduan – Penganalisis
Berita Tempatan Sudut Pandangan

Konflik Sabah boleh jejaskan Kerajaan Perpaduan – Penganalisis

Oh Ei Sun berkata, campur tangan secara tidak langsung daripada Kerajaan Persekutuan mungkin boleh menstabilkan situasi politik di Sabah.


KUALA LUMPUR:
Konflik yang berlaku di Sabah boleh menjejaskan kerajaan di peringkat Persekutuan sekiranya ada pemimpin parti ‘terasa hati’ dan bertindak menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Penasihat Utama Pacific Research Center of Malaysia, Oh Ei Sun berkata, ia boleh berlaku kerana Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UMNO dan Parti Warisan Sabah (Warisan) merupakan parti komponen dalam kerajaan pusat.

Menurutnya, politik di negeri itu banyak berkisar kepada tiga pemimpin utama iaitu Datuk Seri Hajiji Noor, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan semuanya ada sokongan yang kuat.

“Mungkin campur tangan secara tidak langsung daripada Kerajaan Persekutuan dapat menstabilkan situasi politik di Sabah.

“Umpamanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melantik salah seorang, atau dua daripada semua personaliti utama ini sebagai menteri persekutuan, mungkin Shafie atau Bung Moktar.

“Hajiji bukan Ahli Parlimen, tetapi boleh dilantik sebagai Senator. Jika dapat dibuat sedemikian, mungkin boleh distabilkan politik di Sabah buat sementara.

“Tetapi berapa lama sementara ini, kita masih tidak tahu,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment