Home » RM 69 JUTA Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Pekebun Kecil Getah Sabah
Berita Tempatan Politik

RM 69 JUTA Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Pekebun Kecil Getah Sabah

Jeffrey berkata Lembaga Industri Getah Sabah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada para pekebun kecil terutamanya dalam aspek membangunkan tanah-tanah milik pekebun kecil sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran getah di pasaran antarabangsa.

KENINGAU: Sebagai usaha dan sokongan bagi meringankan beban para pekebun kecil getah khususnya di Sabah, Kerajaan telah pun meluluskan peruntukan BMT sebanyak RM 69, 058,400, bantuan yang telah dinaikan daripada RM600 sebelum ini kepada RM800 untuk setiap penerima seramai 86,323 di seluruh negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata demikian di Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh di Dewan Masyarakat Keningau hari ini.

Jelasnya taburan hujan yang tinggi pada setiap tahun menjejaskan pendapatan para pekebun kecil merupakan sebab utama Kerajaan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sejak tahun 2015 sebanyak RM600 untuk setiap pekebun kecil yang berdaftar dengan LIGS atau dengan RISDA.

“Namun, pada tahun ini, Kerajaan telah menaikkan jumlah bantuan ini kepada RM800 seorang.

Pelbagai kerumitan dihadapi para pekebun kecil dan penoreh getah antaranya peningkatan kos sara hidup, kos-kos input pertanian seperi baja dan racun rumpai.

“Pada ketika ini juga, industri getah di seluruh dunia termasuk di Negeri Sabah turut dilanda penyakit luruh getah yang dikenali sebagai pestaloptiosis yang mana penyakit ini boleh menjejaskan hasil getah sehingga 50%, Penyakit daun getah ini sedang tersebar di merata tempat termasuk di daerah Keningau yang tentunya akan memberi kesan kepada para pekebun kecil getah.

Menurutnya, LIGS telahpun mengambil tindakan proaktif bersama-sama agensi lain seperti Lembaga Getah Malaysia dan RISDA dalam menangani masalah tersebut.

Jeffrey berkata Lembaga Industri Getah Sabah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada para pekebun kecil terutamanya dalam aspek membangunkan tanah-tanah milik pekebun kecil sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran getah di pasaran antarabangsa.

— EDITOR

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment