Home » Kebajikan bekas pemain bola sepak terus terjaga
Berita Tempatan Sukan

Kebajikan bekas pemain bola sepak terus terjaga

KENANGAN: Ellron (tengah) bersama-sama Datuk James Wong (kiri) dan bekas pemain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Kebajian bekas atlet atau pemain bola sepak akan terus dijaga menerusi persatuan-persatuan yang memudahkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) menyalurkan bantuan sewajarnya.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata, atlet atau bekas pemain bola yang pernah mewakili Sabah sehingga mengharumkan negeri ini ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa wajar diiktiraf menerusi bantuan-bantuan.


“Atas jasa-jasa dan penglibatan dalam sukan bola sepak, mereka wajar diberikan penghargaan kerana telah memberikan prestasi terbaik semasa mereka mewakili Sabah ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika pada Majlis Reunion Jasamu Dikenang kali ke-3 Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Sabah di sini, baru-baru ini.


Ellron memahami apa yang dihadapi bekas-bekas atlet memandangkan beliau sendiri merupakan atlet pada ketika dahulu.


Beliau menerusi kementerian itu akan sedaya upaya membantu mereka yang terkesan dengan bantuan-bantuan berkaitan.


“Selain itu, atas keprihatinan kepada warga atlet yang bakal bersara mahupun tidak lagi aktif dalam dunia sukan, kerajaan negeri akan melaksanakan Program Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk atlet Sabah bermula pada tahun ini,” katanya.


Katanya, caruman itu juga akan memberikan satu batu loncatan untuk warga sukan Sabah untuk berlatih lebih bersungguh-sungguh dan sudah pastinya kesinambungan caruman itu akan beralih ke fasa alam pekerjaan.


Dalam perkembangan lain, Ellron bersama-sama pegawai tertinggi KBSS dijangkakan akan bertolak pada ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada Isnin.

— Yap Siong Han

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment