Home » Aliakbar sambut baik usaha tuntut hak rakyat Sabah
Berita Tempatan Politik

Aliakbar sambut baik usaha tuntut hak rakyat Sabah

Gunakan sebaiknya hak yang kita ada dan uruskan dengan penuh integriti tanpa sebarang salah guna kuasa - Aliakbar Gulasan

KOTA KINABALU: PAS Sabah menyambut baik dan mendukung usaha menuntut hak rakyat negeri ini sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, pihaknya sentiasa menyokong sebarang usaha untuk mengembalikan dan mengangkat martabat rakyat dan negeri Sabah.


“Perkara itu bukan soal politik, tetapi ia adalah hak pembangunan negeri ini serta mengharapkan semoga akan terus maju dan membangun.


“Gunakan sebaiknya hak yang kita ada dan uruskan dengan penuh integriti tanpa sebarang salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataannya, di sini semalam.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata rakyat tetap akan menjadi hakim sebenar untuk menilai kerajaan yang ada.


Pada 10 Januari lalu, dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan MA63 diluluskan pada  sidang DUN Khas Negeri Sabah iaitu RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Bekalan Gas 2023.


RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 bertujuan supaya aktiviti sektor pembekalan gas yang dijalankan dapat dikawal dan dilaksanakan secara efektif.


RUU Bekalan Gas 2023 pula bertujuan mengambil alih kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment