Home » Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbabas ke ladang sawit
Berita Am Berita Dalam Negara

Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbabas ke ladang sawit

Empat sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke ladang kelapa sawit di Jalan Melaka Pindah, Alor Gajah, pagi tadi. – Gambar ihsan JBPM

ALOR GAJAH: Empat sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke ladang kelapa sawit di Jalan Melaka Pindah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi itu, sepasang suami isteri serta anak mereka dan juga anak saudara pasangan mereka itu, bagaimanapun, hanya mengalami cedera ringan.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Nazri Mat Aris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.07 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama 10 pegawai dan anggota kemudian ke lokasi bagi memberi bantuan. 

“Setibanya di lokasi kejadian, di dapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona terbabas di bahu jalan.

“Mangsa iaitu pasangan suami isteri berusia 51 dan 52 tahun, anak lelaki berusia 14 tahun serta anak saudara lelaki berusia 23 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.

c

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kenderaan berkenaan difahamkan dalam perjalanan dari Machap Umboo menghala Alor Gajah.

Ujarnya, semua mangsa selamat dan berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menerima rawatan.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment