Hajiji bersama Abang Johari (dua dari Kiri) menyambut ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Brunei semalam sempena lawatan rasmi ke negara itu.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyertai Lawatan Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei Darussalam selama dua hari.
Delegasi Perdana Menteri itu turut disertai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Hari ini, Hajiji menghadiri mesyuarat pra majlis bersama delegasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Empire Hotel,Bandar Seri Begawan.
Esok Anwar dan delegasi dijadualkan akan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien di Istana Nurul Iman.
— EDITOR
Add Comment