Home » Nabila Norsahar dilantik Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah
Berita Tempatan Politik

Nabila Norsahar dilantik Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah

PELANTIKAN: Nabila (kanan) menerima pelantikan sebagai Ketua Srikandi Muda BERSATU Sabah daripada Nurul Fadzilah (kiri) sambil disaksikan oleh Ronald (tengah).

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melantik Nabila Norsahar, 28, yang juga seorang peguam sebagai Ketua Srikandi Muda Sabah dalam kepimpinan baharu BERSATU Sabah.


Watikah pelantikan Nabila disampaikan oleh Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia Nurul Fadzilah Kamaluddin pada majlis pelantikan Ketua Armada Bahagian dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Armada Negeri Sabah di sini semalam.


Majlis penyerahan pelantikan itu disaksikan oleh Ketua Badan Kepimpinan BERSATU Sabah yang juga Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.


Nabila berasal dari Darau Sepanggar Kota Kinabalu, lulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga aktif dalam program komuniti menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Sabah dan ‘Young Sabah Advocate-Sabah Law Soceity’.

— EDITOR

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment