Home » KENYATAAN MEDIA:TINDAKAN TIGA ADUN WARISAN KELUAR PARTI,JUNZ WONG PATUT SALAHKAN DIRI SENDIRI- NIZAM
Politik Sudut Pandangan

KENYATAAN MEDIA:TINDAKAN TIGA ADUN WARISAN KELUAR PARTI,JUNZ WONG PATUT SALAHKAN DIRI SENDIRI- NIZAM

Nizam berkata kepimpinan Parti Warisan perlu menerimanya dengan lapang dada dan seterusnya memberi peluang pada parti yang diberi mandat untuk mengurus dan mentadbir demi pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri.

Tuduhan YB Datuk Junz Wong bahawa GRS mengerakkan usaha menyebabkan tiga ADUN Warisan meninggalkan parti Warisan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal. Kenyataan Junz itu menunjukkan bahawa beliau naif tentang kelemahan partinya sendiri.

Pada hari Isnin, tiga ADUN Warisan telah mengumumkan bahawa mereka meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap halatuju parti itu serta mengambil kira pandangan akar umbi masyarakat di kawasan yang mereka wakili.

Selain dari itu, rakyat juga kebosanan dengan tindakan pemimpin parti itu yang sentiasa mencipta pelbagai polemik dan ketidakstabilan politik di Sabah sehingga memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

Sepatutnya, selepas majoriti rakyat Sabah membuat keputusan melalui PRN-16 Sabah, maka kepimpinan Parti Warisan perlu menerimanya dengan lapang dada dan seterusnya memberi peluang pada parti yang diberi mandat untuk mengurus dan mentadbir demi pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Mereka sepatutnya mengambil peranan sebagai semak dan imbang.

Tuduhan kedua Datuk Junz bahawa kononnya YAB DSP Haji Hajiji Haji Noor, Pengerusi GRS, tidak ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan paska PRU-15 juga suatu yang bertentangan dengan tindakan pemimpin Warisan sendiri. Bagaimana mungkin sebuah kerajaan perpaduan dapat dibentuk setelah Datuk Shafie Apdal bertindak mengheret Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bersama 12 ADUN UMNO dan 3 ADUN PKDM pada 6 Januari lalu untuk menjatuhkan kerajaan Sabah yang dipimpin oleh YAB DSP Haji Hajiji dengan cara mengunakan pintu belakng? Jelas sekali Junz dan kepimpinan Warisan yang tidak ikhlas dalam hal ini.

Junz juga mempamirkan sifat hipokrit apabila beliau meyeru Suruhanjaya Pencegagahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat 3 ADUN yang keluar dari parti Warisan itu sedangkan pada Mac, 2022, Dua (2) ADUN (ADUN Elopura dan ADUN Sri Tanjung) selepas meninggalkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga menyertai Warisan, beliau (Junz) pula tidak minta SPRM melakukan perkara yang sama ketika itu. Ternyata beliau (Junz) mengambil sifat seruan berpilih dalam hal ini.

Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh YAB DSP Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, telah menunjukkan prestasi yang baik dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2020-2025) yang jelas dan terbuku. Kutipan hasil yang meningkat, pelaburan yang meningkat, pemulihan ekonomi menerusi pertumbuhan positif serta pencapaian dalam merealisasi perkara-perkara yang berkaitan dengan MA63. Semua pencapian ini adalah suatu manifestasi pengurusan dan pentadbiran negeri yang cemerlang. Justeru itu, tidak hairanlah jika ada lagi ADUN pembangkang akan keluar parti mereka dan menyatakan sokongan kepada YAB DSP Haji Hajiji dalam masa terdekat ini.

YB DATUK NIZAM ABU BAKAR TITINGAN
KETUA PENERANGAN GAGASAN RAKYAT
8HB. FEBUARI, 2023