DARIPADA RAKYAT TAK SEDAR SKANDAL QHAZANAH SABAH BERHAD OLEH SALLEH, GHAZALI ANSING DAN SHUKOR KINI RAKYAT SABAH DAN MALAYSIA TAHU. MOHON SPRM SIASAT SKANDAL RASUAH INI JANGAN TUTUP KERANA ADA ‘DATUK AMIN BOTAK’ BOD COMMON TOWER TECHNOLOGIES SDN BHD”
Seperti yang dilaporkan sebelum ini hari ini Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad, Mohd Shukor Abdul Mumin membuat laporan polis terhadap portal Sabahbigmouth dan sabahbarunews.com berhubung tulisan portal kononnya satu fitnah.
Kepada editor sabahbarunews.com yang menggunakan artikel Sabahbigmouth kami ucapkan terima kasih. Ini satu perjuangan untuk mendedahkan rasuah Salleh dan Shukor serta keluarganya. Pastinya semua ini arahan Salleh juga.
Shukor membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Bandaraya Kota Kinabalu di Kepayan, dekat sini.
“Saya ingin tegaskan di sini bahawa apa yang dipaparkan dalam penulisan bloggers tersebut adalah tidak benar, berunsur fitnah, berniat jahat dan rekacipta mereka-mereka yang sengaja menghasilkan tulisan murahan mereka.
“Tiada apa-apa yang disembunyikan, semuanya jelas,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.
Mohd Shukor berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan terperinci termasuk mengenalpasti identiti kedua-dua penulis blog itu.
“Saya tidak dapat dedahkan walaupun saya tahu (identiti penulis) kerana perkara tersebut masih dalam siasatan polis,” katanya.
Sabahbigmouth telah mendedahkan sebelum ini penjualan 45% kepentingan anak syarikat Qhazanah, Common Tower Technologies Sdn Bhd kepada syarikat dari Malaya Stealth Solutions Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Amrul Hisyam Alias.
Semua bukti laporan dokumen juga jelas menunjukkan Salleh dan Shukor menjual kepentingan itu. Sepatutnya itu yang SPRM siasat. Sepatutnya juga SPRM siasat kekayaan Shukor selaku Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad ini.
Tidak cukup itu Shukor sebagai Pengarah Eksekutif menggunakan kuasanya mempengaruhi Salleh Said Keruak melantik anaknya Al Zarefee Bin Mohd Shukor sebagai CEO Qhazanah Technology Sdn Bhd. Namun Shukor tidak menjawab lebih jelas isu ini hari ini. Dia Pengarah Eksekutif lebih awal dari anaknya bukan anaknya dahulu yang kerja di Qhazanah. Itulah namanya kepentingan. Tiada anak orang lain ke boleh jadi CEO? Bapa Pengarah Eksekutif yang berkuasa lepas tu anak CEO.
Terima kasih kepada Mohd Shukor kerana mempopularkan portal Sabahbigmouth. Yang pasti tiada dalang tertentu di belakang portal ini. Tiada siapa yang membayar editor. Tugas kami mendedahkan kerosakan dibuat oleh Salleh Said dan Shukor mengurus Qhazanah Sabah dan anak syarikatnya macam emak bapak dia punya.
KEMUDIAN BERLINDUNG DI BELAKANG BUNG MOKTAR DAN GHAZALI UNTUK MENGUGUT KETUA MENTERI SABAH JIKA PROJEK MEREKA TIDAK DILULUSKAN OLEH KETUA MENTERI. TAK BERI MAKA KELUAR GABUNGAN KERAJAAN. ITU YANG BERLAKU. KETUA MENTERI TAK AKAN MELULUSKAN SESUATU JIKA BUKAN PERMINTAAN SALLEH, BUNG DAN SHUKOR.
SPRM wajar menyiasat dakwaan wang RM80 juta Ghazali Ansing sebelum ini bukan menutupnya sekalipun melantik Datuk Mohd Aminuddin Mustapha atau Amin Botak budak suruhan Tan Sri Azam Baki sebagai Lembaga Pengarah Common Tower Technologies Sdn Bhd. Di Malaya semua kenal siapa Datuk Amin Botak ini. Apa keperluan melantik Datuk Amin Botak dari Malaya ini? Apa penjelasan Shukor, Salleh dan Ghazali Ansing?
Berhubung isu penjualan 45 peratus saham CTTSB bukankah sebelum ini Salleh Pengerusi Qhazanah dan Ghazali Ansing saling menuding jari. Malah ketika isu itu tular Qhazanah tidak pun menjawab isu itu kepada rakyat. Jadi di mana betulnya prosedur penjualan kepentingan kepada syarikat Malaya itu?
Salleh, Ghazali dan Shukor tak terfikir ke bahawa banyak lagi syarikat Sabah boleh membeli kepentingan saham itu jika diberi peluang. Mengapa Stealth Solutions Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Amrul Hisyam Alias? Apa kehebatan mereka?Cuba Shukor jelaskan kepada rakyat dalam satu kenyataan media nyatakan mengapa lantik Stealth Solutions Sdn Bhd agaknya rakyat ok tak?
Banyak lagi perkara yang didedahkan misalnya pelantikan taikun Johor projek utiliti Sabah apa perlunya juga Syarikat Malaya?
Bukan rasis tetapi sembang bab MA63 mengata orang Malaya merampas bagai konon tapi belakang kasi orang Semenanjung juga. Tak malukah Ghazali Ansing dan Shukor?
Dan paling teruk projek utiliti yang diberi kepada Taikun Johor Dato’ Lion Peh ialah syarikatnya Karisma Utiliti Borneo Sdn Bhd (KUBSB) atas nama Suhaimi Nasir MP Libaran suami kepada Nazimah orang kanan Bung Moktar. Mereka menubuhkan entiti baru milik Qhazanah iaitu Koridor Utiliti Sabah Sdn Bhd (KUSSB). Suhaimi Nasir dimasukkan dikedua-dua syarikat itu. Bukankah itu jelas satu kepentingan?
Persoalannya mengapa diberi kepada yang dimiliki Dato’ Lion Peh syarikat Malaya Johor? Apakah kerana Taikun Dato’ Lion Peh beri pinjam jet peribadinya kepada Bung, Salleh dan Ghazali Ansing setiap bulan maka dia dapat? Apakah kerana Suhaimi bendahari UMNO Sabah? Rakyat mana boleh ditipu. Rakyat tahu mudah semua ini.
Shukor juga gagal menjelaskan dakwaan Ghazali Ansing membelanjakan wang Common Tower ikut kepala dia dengan mengasingkan pejabat Pengerusi dengan pejabat Common Tower Technologies. Pejabat pengerusi yang dilengkapi bar dan lain-lain eksklusif untuk orang kaya sepertinya.
Sabahbigmouth akan mendedahkan penyelewengan Salleh dan Shukor lagi nanti. Hari ini tindakan Shukor memang dinantikan kerana tindakannya satu Malaysia tahu penyelewengan Salleh dan Shukor di Qhazanah. Daripada rakyat yang tak tahu dan tak kisah kini rakyat tahu. Jadi kita ucapkan terima kasih kepada Hj Shukor.
Kami akan kembali dengan part demi part yang lebih menarik. Dokongan rakyat semua kami perlukan. Shukor tidak perlu mengugut kebebasan media untuk dedah keburukan mereka.
*SabahbigMouth (Bukan nama sebenar)ialah seorang penulis dan pemerhati politik Sabah. Artikel ini adalah hasil penulisan beliau dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Sabah Baru News.