Home » Kimanis Power Sdn Bhd bayar RM20 juta dividen kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd
Berita Tempatan Politik

Kimanis Power Sdn Bhd bayar RM20 juta dividen kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd

Pengerusi Kimanis Power Sdn.Bhd, Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni Daya di pejabat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar .

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan pembayaran dividen berjumlah RM20 juta untuk tahun 2022 daripada Kimanis Power Sdn.Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn.Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (YS) di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Pengerusi Kimanis Power Sdn.Bhd, Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen
itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni
Daya.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua (Pembangunan Perniagaan dan Komersial) PETRONAS Gas Berhad,Hisham Maaulot, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimanis Power Sdn.Bhd, Rozali Khamis, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab dan
Pengarah ICSB, Joshua Ho.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment