Home » ADUN Kunak sedia disiasat SPRM sekiranya Shafie punya bukti kukuh
Berita Tempatan Politik

ADUN Kunak sedia disiasat SPRM sekiranya Shafie punya bukti kukuh

Norazlinah berkata beliau keluar WARISAN dengan rela hati kerana tidak lagi setuju dengan hala tuju parti yang tidak konsisten. 

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif sedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tindakan meninggalkan Parti Warisan (WARISAN) baru-baru ini.

Katanya, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal boleh mengemukakan bukti kukuh sekiranya beliau ada menerima imbuhan untuk menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selepas bertindak keluar dari parti itu.

Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM sekiranya Shafie ada bukti kukuh. Saya beberapa kali menafikan sebelum ini kerana saya difitnah kemudian berani bertindak untuk membuat laporan polis.

“Saya keluar WARISAN dengan rela hati kerana tidak lagi setuju dengan hala tuju parti yang tidak konsisten. Jika ada bukti dan minta dilaporkan secara rasmi kepada SPRM,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Norazlinah berkata, sejak mutakhir ini tindakan Warisan yang enggan menyatakan sokongan seperti dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU15) sehingga ke insiden Langkah Kinabalu menyifatkan perkara ini sudah tidak sihat untuk Sabah.

“Keadaan Polemik politik perlu berakhir, agar semua ADUN diberikan peluang untuk menjalankan tugas serta memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan masing-masing.

“Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara terperinci, Jangan heret ADUN serta parti ke kancah perebutan kuasa,” katanya.

Terdahulu Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa tiga ADUN Warisan telah dibeli GRS supaya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Semalam, Shafie ketika di Dewan Rakyat mendakwa tiga ADUN Sabah meninggalkan parti itu untuk menyokong Ketua Menteri, Hajiji Noor minggu lalu kerana ‘dibeli’.

“Baru saja, apabila saya baru nak balik umrah ketika di Mekah, (saya dapati) tiga orang Adun saya kena beli,” katanya.

Warisan kembali goyah apabila ADUN Kunak Norazlinah Arif bersama Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) mengumumkan keluar daripada parti itu, pada 6 Februari lalu.

Beliau merujuk Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) yang kini merupakan wakil rakyat bebas.

Mantan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas ketua menteri Sabah itu turut mendakwa beberapa wakil rakyat Warisan juga ‘dibeli’ ketika pentadbiran bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

“Daripada 23 orang, kini tinggal 16. Ini saya dengar ada lagi nak ‘dibeli’,” katanya.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment