KOTA KINABALU: Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Bulat Sugurbayev bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi membincangkan hubungan perdagangan dua hala di Menara Kinabalu di sini semalam.
Hajiji mengalu-alukan kesungguhan negara Asia Tengah itu untuk meneroka peluang pelaburan dan menjalin hubungan perdagangan dengan Sabah.
Sugurbayev mengadakan lawatan rasmi selama dua hari di Sabah.
Data Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menunjukkan jumlah perdagangan sebanyak RM480 juta antara Malaysia dan Kazakhstan bagi 10 bulan pertama 2022 dengan eksport ke Kazakhstan bernilai RM475 juta dan import bernilai RM5 juta.
Lima eksport utama Malaysia ke Kazakhstan terdiri daripada elektrik dan elektronik, produk getah, hasil pertanian, produk perkilangan berasaskan minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit.
— Vivi Olviana Najurus
Add Comment