MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berharap kerajaan pusat akan menambah peruntukan untuk Sarawak dalam bajet tahun ini yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini.
“Harapan saya ialah supaya PM (Perdana Menteri) akan teruskanlah impian beliau untuk menambah peruntukan untuk Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang,” ujarnya ketika ditanya tentang pembahagian bajet untuk tiga negeri itu pada sidang media selepas lawatan ke Terminal Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) di Pulau Melayu di sini, hari ini.
Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan terus membangunkan projek yang telah dirancangkan sebelum ini.
“Saya punya harapan, mudah-mudahan peruntukan ditambah. Tapi bila (peruntukan) Ahli Parlimen kita kena potong. Kita tidak dapat terlalu berharap banyak,” jelasnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.
Pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
— EDITOR
Add Comment