Home » Kerajaan Perpaduan Hanya Di Federal Bukan Semua Negeri
Politik Sudut Pandangan

Kerajaan Perpaduan Hanya Di Federal Bukan Semua Negeri

Penulis berpandangan tidak perlu samakan kerajaan perpaduan Persekutuan dengan Sabah .

Kenapa Kita tidak boleh ada dua kerajaan perpaduan kata MP Kota Belud (Isnaraissah Munirah Majilis) . Beliau mendesak supaya kerajaan perpaduan juga dibentuk di Sabah.

Saya agak terkejut dengan  kenyataan MP Kota Belud daripada parti Warisan itu. Pada saya ia merupakan jemputan kepada pemimpin federal untuk campurtangan secara langsung dalam politik negeri Sabah!

Kenapa kerajaan negeri Sabah perlu mengikut kerajaan Persekutuan? Kenapa tiada desakan untuk negeri-negeri yang diperintah PH seperti Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan membentuk bentuk kerajaan perpaduan? Begitu juga tiada desakan kerajaan GPS Sarawak untuk berbuat demikian. Kenapa perlu samakan kerajaan perpaduan Persekutuan dengan Sabah tapi tidak di negeri lain?

Selepas PRU15 dan setelah terbentuknya kerajaan perpaduan diperingkat Persekutuan saya tidak pernah dengar pemimpin parti-parti politik tempatan dari Sarawak menuntut kerajaan perpaduan dibentuk di negeri Sarawak. Ini kerana pemimpin Sarawak benar-benar menghayati prinsip autonomi politik negeri mereka. Renung2kan

*Musli Oli merupakan penulis veteran dan pemerhati politik Sabah. Artikel ini merupakan penulisan beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment