Home » Komitmen, kerjasama ibubapa dan guru diyakini mampu jayakan agenda Sekolahku Sejahtera- Robert
Berita Tempatan Politik

Komitmen, kerjasama ibubapa dan guru diyakini mampu jayakan agenda Sekolahku Sejahtera- Robert

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam ucapannya memuji dan mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan PIBG sekolah itu atas usaha serta kerjasama erat dan komitmen dalam menjayakan majlis itu.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik hadir menyempurnakan perasmian Tamu Muafakat dan Pondok Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sempena Program Apresiasi Sekolah Kebangsaan (SK) Bunga Raya, Keningau baru-baru ini.

Acara kemuncak majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar Lelaki dan Perempuan sekolah tersebut.

RASMI: Robert (dua kanan) memotong riben semasa perasmian itu.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam ucapannya memuji dan mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan PIBG sekolah itu atas usaha serta kerjasama erat dan komitmen dalam menjayakan majlis itu.


“Sesungguhnya penglibatan organisasi komuniti PIBG dalam apa juga program yang dianjurkan sangat diharapkan kerana institusi pendidikan pada masa kini menghadapi begitu banyak cabaran dan memerlukan kerjasama erat diantara warga pendidik dan ibu bapa untuk merealisasikan apa juga agenda pendidikan termasuk menjayakan 14 Elemen SekolahKu Sejahtera yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun lalu.

PENYAMPAIAN HADIAH: Robert (dua kanan) menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar sempena majlis itu.

“Saya juga menyokong pendekatan pihak sekolah dan PIBG sekolah ini yang telah menambah kategori penghargaan melibatkan ibu bapa dan pekerja swasta pada program kali ini yang sememangnya mereka juga layak dihargai atas kecemerlangan perkhidmatan mereka.


“Semoga sekolah lain juga dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG bagi memudahkan segala urusan berkaitan pelajar dan sekolah supaya dapat dilaksanakan bersama,” katanya.

— Kenneddy Corlleus