Home » Kanak-kanak lelaki hilang di sungai ditemukan lemas
Berita Am Berita Dalam Negara

Kanak-kanak lelaki hilang di sungai ditemukan lemas

Operasi mencari dan menyelamat yang bersambung pagi tadi turut melibat polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air BBP Pekan serta dua ekor anjing pengesan bomba. – Foto Sinar Harian

KUANTAN: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur, Pekan dekat sini semalam, ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, ditemukan pada 12.10 tengah hari kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang bersambung pagi tadi turut melibat polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air BBP Pekan serta dua ekor anjing pengesan bomba.

Muhammad Hafizhan dilaporkan hilang selepas disyaki tergelincir di tebing alur ladang kelapa sawit yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas, sebelum dibawa arus ke anak sungai tersebut. — BERNAMA

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment