Home » DATUK AZIS JAMMAN CUBA JADI NUJUM PAK BELALANG
Politik Sudut Pandangan

DATUK AZIS JAMMAN CUBA JADI NUJUM PAK BELALANG

Keputusan parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan, pada hakikatnya kerana mereka tiada pilihan lain, atas sebab hanya mempunyai 3 ahli parlimen, menyokong dan tidak menyokongpun tidak memberi kesan, pada kerajaan Perpaduan antara PH, BN, GPS dan GRS.

PARTI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama-sama Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) selepas PRU-15, telah membuat keputusan bersama, untuk menyokong Yab Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Azis Jamman tidak wajar membuat dakwaan karut dan jahat, jika pun mahu menjadi Nujum Pak Belalang dengan mendakwa GRS adalah parti pertama meninggalkan Perdana Menteri jika berlaku pergolakan politik.

Hakikatnya, Parti Warisan lah termasuk Ketua Penerangan itu, yang mempunyai niat tidak mahu menyokong mana-mana parti atau pemimpin nasional, atas sebab itu, mereka memutuskan hubungan dengan PH dan telah bergerak solo pada PRU-15.

Keputusan parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan, pada hakikatnya kerana mereka tiada pilihan lain, atas sebab hanya mempunyai 3 ahli parlimen, menyokong dan tidak menyokongpun tidak memberi kesan, pada kerajaan Perpaduan antara PH, BN, GPS dan GRS.

Azis dan parti beliau cuba menutup kesalahan sendiri, dengan menuding kepada parti lain dan kenyataan Azis itu hanya lah ilusi dan andaian liar semata mata.

Berdasarkan pengalaman lepas dlm Kerajaan Negeri Sabah semasa Warisan memimpin gabungan mereka, saya yakin parti2 komponen PH di Sabah mengetahui sikap dan keikhlasan Warisan dalam kerjasama dan permuafakatan.

Agar Aziz tidak terus mabuk, kerana tindakan wakil-wakil parti beliau yang mengumumkan keluar bersama-sama dengan pemimpin akar umbi parti itu, semua pihak yang menyokong kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri telah lama move-on, termasuk lah para pemimpin GRS, seperti mana dibuktikan menerusi sokongan pada sebarang keputusan, misi kerajaan Perpaduan oleh kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Tidak sedar kah Azis semasa perjumpaan kakitangan Persekutuan dan negeri bersama Perdana Menteri, bagai mana sambutan kepimpinan negeri pada Perdana Menteri tersebut.

Dengan sokongan kerajaan negeri sabah di bawah kepimpinan GRS dan PH Sabah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, tidak timbul sama sekali tindakan khianat, seperti mana yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin negeri pada 6 Januari lalu yang didalangi oleh pemimpin Parti Warisan untuk merampas kerajaan secara kerajaan pintu belakang dan tebuk atap.

Jangan lah kerana pemimpin dan parti sendiri mempunyai niat jahat, maka mengandaikan pemimpin dan parti lain juga sama.

DATUK HAJI NIZAM DSP ABU BAKAR TITINGAN
KETUA PENERANGAN PARTI GAGASAN RAKYAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment