Home » USNO dan WARISAN
Politik Sudut Pandangan

USNO dan WARISAN

Walaupun tewas dalam 4 pilihanraya tapi semangat penyokong-penyokong tidak luntur. Cuma bezanya penyokong USNO dulu terdiri daripada golongan akar umbi yang humble.Berbeza dengan penyokong parti Warisan.

Perlu diakui, sungguhpun bahtera sedang terumbang ambing dipukul ombak dalam laut yang bergelora namun kelasi dan anak-anak kapal masih bertahan.

Ada yang tanya saya kenapa begitu kuat semangat mereka sedangkan ramai ADUN dan pemimpin lain telah terjun kapal berpindah ke kapal lain? Saya kata parti USNO dulu pun begitu.

Presiden parti adalah idola mereka. Dulu Tun Mustapha memimpin USNO selama 19 tahun dalam parti pembangkang. Walaupun tewas dalam 4 pilihanraya tapi semangat penyokong-penyokong tidak luntur.

Cuma bezanya penyokong USNO dulu terdiri daripada golongan akar umbi yang humble.

Berbeza dengan penyokong parti Warisan. Mereka adalah golongan bijak pandai yang pintar. Ramai pakar undang-undang. Ramai yang telah hafal buku MA63. Ramai tahu sejarah penubuhan Malaysia.

Mereka kerap berhujah dalam parti lain tiada yang pintar dan bijak. Ramai yang “buduh” kata setengah mereka.

Hanya dalam kapal mereka sahaja yang benar-benar pakar dan berani perjuangkan MA63. Penyokong di parti-parti lain tidak pandai, tidak pakar, tidak pernah perjuangkan MA63!

*Musli Oli merupakan penulis veteran dan pemerhati politik Sabah. Artikel ini merupakan penulisan beliau dan ia tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News.

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment