Home » Pengunjung Eropah tertarik pakej pelancongan pelbagai Sabah
Berita Tempatan Politik

Pengunjung Eropah tertarik pakej pelancongan pelbagai Sabah

BINCANG: Joniston semasa melakukan perbincangan bersama Matt Midworth dari National Geographic Traveller di ITB Berlin 2023.

BERLIN: Pakej pelancongan Sabah yang pelbagai terus menarik minat pelancong dari  Eropah semasa Internationale Tourismus-Borse Berlin (ITB) Berlin 2023 di sini.


Sepanjang pameran terbabit, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bertemu dengan 33 ejen pelancongan dari pelbagai negara termasuk Jerman, Belanda, Switzerland, Denmark, Republik Czech, Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden dan Australia.


Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai berkata kebanyakan pemain industri yang ditemuinya memberi jaminan bahawa Sabah kekal menjadi destinasi percutian terpilih dan slogan baharu STB, ‘Feel Sabah, North Borneo’ membantu Sabah menonjol sebagai lokasi tarikan unik di kepulauan Borneo.


“Slogan baharu menarik minat pengunjung Eropah dan STB akan mempromosikan Sabah bukan hanya dilihat sebagai Borneo Utara tetapi pengunjung luar akan memperoleh pengalaman paling bermakna di negeri ini,” katanya.


Tambahnya tawaran pelancongan yang pelbagai di Sabah kekal sebagai daya tarikan terutamanya bagi pelancong Barat dan Eropah yang menginginkan pengembaraan alam semula jadi.


Tambahnya kedudukan Sabah di lokasi strategik juga membolehkan ianya dihubungkan dengan beberapa negara melalui Kuala Lumpur dan Singapura yang juga hab pengangkutan utama di Asia Tenggara.

— Vivi Olviana Najurus

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment