Site icon Sabah Baru News

Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh

SEOUL: Sebuah helikopter awam terhempas di bandar kecil timur Yeongwol, Korea Selatan, pada Rabu, mengorbankan kedua-dua penumpang, menurut pihak berkuasa bomba dan polis tempatan.

Pesawat yang membawa dua penumpang itu terhempas di bandar yang terletak 138 kilometer ke timur Seoul, pada kira-kira pukul 7.46 pagi, menurut Ibu Pejabat Bomba Gangwon.

Kedua-dua mangsa, seorang juruterbang berusia 65 tahun dan seorang pegawai syarikat kargo berusia 51 tahun, disahkan meninggal dunia di hospital berdekatan.

Polis mengesyaki pesawat itu yang mengangkut wayar elektrik untuk pembinaan menara transmisi, berkemungkin bersentuhan talian transmisi, menyebabkan nahas itu.

Tiada kerosakan sekunder dilaporkan.

Kejadian itu sedang disiasat.

–BERNAMA-YONHAP

Exit mobile version