Home » TPM Fadillah luang masa ziarah Menteri Kerja Raya di HKL
Berita Am Berita Dalam Negara

TPM Fadillah luang masa ziarah Menteri Kerja Raya di HKL


KUALA LUMPUR:
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pada Rabu meluangkan masa menziarahi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan lutut.

Fadillah, menerusi hantaran di Facebooknya, berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, turut serta melawat Nanta.

“Beliau (Nanta) turut berkongsi pengalaman beliau yang menerima layanan dan rawatan profesional daripada semua doktor, jururawat dan kakitangan HKL.

“Saya juga diberi penerangan ringkas oleh para doktor yang merawat beliau. Mendoakan beliau segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa,” katanya.

— BERNAMA

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment