Home » Kadar zakat fitrah yang wajib dibayar tahun ini
Berita Dalam Negara

Kadar zakat fitrah yang wajib dibayar tahun ini

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat.

SETIAP kali bulan Ramadan, selain berpuasa, satu lagi ibadah yang wajib ke atas setiap umat Islam ialah membayar zakat fitrah yang bertujuan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa dan membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Perintah menunaikan zakat fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu apabila umat Islam mula diwajibkan untuk berpuasa pada bulan Ramadan.

Menurut Lembaga Zakat Selangor, waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu waktu wajib apabila terbenam matahari akhir Ramadan hingga terbit matahari 1 Syawal, waktu afdal sebelum sembahyang Hari Raya dan waktu sunat sepanjang bulan Ramadan.

Dua lagi ialah waktu makruh jika dibayar selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal dan haram selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Menurut ulama, asal kadar zakat fitrah adalah satu gantang beras dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 10 Jun 2003 menetapkan harga zakat fitrah adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan mengikut timbangan satu gantang Baghdad (bersamaan 2.60 – 2.70kg).

Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Tahun ini, banyak Majlis Agama Islam Negeri dilihat menetapkan lebih daripada satu kadar harga zakat fitrah, bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Berikut disenaraikan kadar bayaran zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah.

AWANI