Home » Masidi sumbang sistem pembesar suara kepada Surau Al-Amin
Berita Tempatan Politik

Masidi sumbang sistem pembesar suara kepada Surau Al-Amin

GIMIK: Suhaimi (kanan) menyampaikan sumbangan tersebut kepada Jaminin.

RANAU: Sistem pembesar suara yang disumbangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dapat memberi keselesaan kepada jemaah di Surau Al-Amin Kampung Bahab, di sini.


Pengerusi Surau Al-Amin, Azhanin berkata, sumbangan itu sangat bermakna kerana sistem pembesar suara yang ada sekarang sudah hampir uzur dan perlu diganti.


“Kita menghadapi masalah pembesar suara sebelum ini yang menyebabkan imam dan bilal kurang selesa ketika bertugas.


“Jawatankuasa surau banyak menggunakan pembesar suara pada bulan Ramadan kerana selain solat tarawih, ia turut digunakan untuk aktiviti ceramah,” katanya.


Katanya, pihak surau menzahirkan terima kasih kepada Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan atas sumbangan yang diberikan ini.


“Saya percaya, dengan adanya pembesar suara yang baharu ini, aktiviti ibadah akan lebih mudah dan tidak mengganggu keselesaan petugas serta jemaah,” katanya.


Terdahulu, sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Karanaan, Suhaimi Manjun yang mewakili Masidi.


Turut hadir, Ketua Kampung Bahab Jaminin Jain; Pengerusi JPKK, Alpian Sahadi dan Imam Surau Al-Amin, Jahili Jamain.

— Hamzah Sanudin