Home » Seleweng beli minyak urut RM9 juta, SPRM reman dua bekas pengarah syarikat
Berita Dalam Negara Jenayah

Seleweng beli minyak urut RM9 juta, SPRM reman dua bekas pengarah syarikat


PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua bekas pengarah syarikat pemilik pusat urut terkemuka berhubung penyelewengan dana bagi pembelian minyak urut bernilai kira-kira RM9 juta.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 50 dan 55 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat. Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Bekas pengarah urusan dan pengarah eksekutif syarikat terbabit ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis.

Difahamkan, suspek menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka hingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

-astroawani