Home » Puteri Sarah beraya di rumah mentua
Berita Am Berita Dalam Negara Hiburan

Puteri Sarah beraya di rumah mentua

Perkongsian foto Puteri Sarah dan dua anaknya beraya di rumah Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail undang rasa sebak netizen. – Gambar Instagram

FOTO pelakon Puteri Sarah Liyana yang meraikan sambutan hari raya bersama keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail mengundang sebak netizen.

Foto yang dikongsi Puteri Sarah menerusi akaun Instagram miliknya itu merakamkan momen dirinya bersalaman dengan kedua mentuanya.

Selain Puteri Sarah, kedua anak kesayangannya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, juga turut berada di kediaman penerbit popular itu. 

Biarpun ketika ini rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof bermasalah namun, mentuanya tetap memberikan sokongan kepada menantunya itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat wajah Puteri Sarah dan juga ibu mentuanya.

Antara komen yang diterima:

“Rasa macam terbalik pula, sepatutnya Syamsul… Semoga ikatan ini berkekalan hingga akhirnya,”

“Sedihnya tengok gambar akhir, mana hati perut Syamsul, buat ibu dan isteri macam ini, sampainya hati,”

“Sebak tengok sebab ayah dan ibu mentua yang sangat-sangat baik dengan Sarah. Inilah contoh orang yang ada ilmu dan iman.”

“Sebaknya tengok keluarga ini… Semoga dipermudahkan segala urusan…”

Terdahulu, Syamsul membuat kenyataan pada Jumaat di Instagram dan Puteri Sarah dapat membuang perasaan dendam dan tidak menggunakan media sosial untuk meraih simpati ramai

Bagaimanapun, Puteri Sarah kemudiannya membalas kenyataan itu melalui platform yang sama dan mengakui menyesal berkahwin dengan Syamsul.

Selain itu, Puteri Sarah juga berharap agar Syamsul menceraikannya segera kerana mahu bebas daripada kemelut rumah tangga.

Untuk rekod, pada 18 April lalu kes perceraian pasangan ini bertemu jalan buntu apabila Syamsul menarik balik keputusan melafazkan cerai.

Syamsul mendakwa Puteri Sarah telah menukar dan menambah beberapa terma dalam perjanjian perceraian, termasuk isu jumlah nafkah dan kes saman terhadap keluarga Ira Kazar. – Gempak

AWANI