Home » Jauhi kawasan lapang sekiranya berlaku petir, kilat: Safar
Berita Tempatan Politik

Jauhi kawasan lapang sekiranya berlaku petir, kilat: Safar

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan lapang seperti padang bola dan kawasan kawasan lapang lain sekiranya berlaku petir ataupun kilat.

Katanya ia bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku termasuklah kehilangan nyawa.


“Pada 25 April lalu dua remaja lelaki berumur 13 tahun terkena sambaran petir di Padang Bola Papar yang mengakibatkan seorang daripadanya meninggal dunia.


“Hujan lebat yang berlaku dibeberapa tempat ketika ini yang menghasilkan sambaran petir atau kilat boleh membahayakan manusia sekiranya berada dikawasan terbuka dan menyebabkan kecederaan serius serta membawa maut,” katanya.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment