LABUAN: Pelantikan ke jawatan dalam Perbadanan Labuan atau jawatan utama dalam agensi kerajaan di pulau itu perlu berdasarkan merit dan pengalaman, tidak kira dari mana pemegang jawatan itu berasal.
Pemangku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Tempatan Wilayah Persekutuan Labuan, Suresh Muniandy berkata, memandangkan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan, sesiapa sahaja dari Malaysia boleh dilantik memegang jawatan dalam agensi kerajaan di sana.
“Walaupun lebih baik orang Labuan dilantik, mereka juga mesti berkemampuan bagi menyelesaikan isu yang dihadapi Labuan.
“Tiada manfaat untuk Labuan jika seseorang itu dilantik hanya kerana dia berasal dari Labuan,” katanya.
Suresh mengulas kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC) Datuk Wong Kii Yii yang meminta pelantikan anak kelahiran Labuan untuk jawatan tinggi di Labuan.
Suresh juga berkata tiada kekecewaan daripada orang Labuan atas pelantikan Datuk Seri Anifah Aman sebagai Senator mewakili Labuan.
“Tidak kira dari mana asal beliau. Lagipun, beliau berasal dari Sabah dan orang Sabah berkongsi sejarah kami dan memahami isu yang kami hadapi,” tambahnya.
Beliau juga berkata Anifah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam Kerajaan Persekutuan dan araf mengenai kerja dalaman kerajaan.
“Pengalaman dan hubungan beliau, dalam dan luar negara akan membantu mengetengahkan isu kami kepada mereka yang berada dalam koridor kuasa.
— EDITOR
Add Comment