RANAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kini mempunyai kira-kira 900 ahli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku dan jumlah berkenaan dijangkakan bertambah dari semasa ke semasa.
Pengerusi Gagasan Rakyat Dusun Begak Tungku, Chi Hon Wan berkata, jumlah yang sudah tersenarai akan bertambah dengan adanya kesedaran rakyat terhadap kepentingan untuk bersatu dalam parti tempatan Sabah.
“Saya yakin pengundi sudah mempunyai kesedaran, hanya menerusi Gagasan Rakyat, rakyat Sabah akan terus menikmati pembangunan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di sini baru-baru ini.
Turut bersama Chi adalah Timbalannya Stephen Suduk serta rakan-rakan Akhir Sait dan Keny Chi adalah antara tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. Lebih 3,000 penduduk juga hadir pada rumah terbuka itu.
Hadir sama ialah, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik, Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan mantan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr. Ewon Ebin.
Chi dalam pada itu berkata, sambutan perayaan seumpamanya amat sesuai dijadikan ruang serta peluang rakyat untuk memupuk perpaduan dan persaudaraan,” katanya.
— Yap Siong Han
Add Comment