Home » Ahli Parlimen UMNO Di Sabah Penyokong GRS Tidak Perlu Umum Pendirian
Politik Sudut Pandangan

Ahli Parlimen UMNO Di Sabah Penyokong GRS Tidak Perlu Umum Pendirian

Andi yang juga ADUN Tanjung Batu adalah salah seorang wakil rakyat Umno yang kekal dengan kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor. Tiga wakil rakyat lagi adalah ADUN Bengkoka, Sungai Sibuga dan Tanjung Keramat yang juga ahli parlimen Putatan.

DATUK Andi Muhammad Suryady Bandy ahli parlimen Kalabakan tidak perlu umumkan pendirian seperti mana desakan Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu.

Rakyat maklum, GRS dan Umno adalah penyokong kerajaan Perpaduan, atas sebab itu sangat jelas, kedudukan itu tidak memerlukan wakil rakyat menyatakan pendirian.

Andi yang juga ADUN Tanjung Batu adalah salah seorang wakil rakyat Umno yang kekal dengan kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor. Tiga wakil rakyat lagi adalah ADUN Bengkoka, Sungai Sibuga dan Tanjung Keramat yang juga ahli parlimen Putatan.

Daripada sudut pandang parti, memang wajar pemimpin Umno meminta pendirian wakil rakyat yang mewakili parti, akan tetapi berasaskan senario politik semasa pasca PRU-15, pendirian itu tidak sesuai, atas sebab ianya boleh mengundang ketidak stabilan kerajaan.

Dalam tempoh sepenggal ini, sewajarnya para pemimpin parti yang menyokong kerajaan perpaduan perlu mengekang diri daripada membuat sebarang kenyataan untuk mengelak sebarang ketidak tentuan.

Apabila tempoh kerajaan perpaduan berakhir, dengan sendirinya akan jelas pendirian para wakil rakyat itu, samada kekal dengan parti masing-masing atau sebaliknya.

Dalam keadaan sekarang yang mustahak mana-mana wakil rakyat boleh membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan masing-masing. Perhatian berkaitan kemajuan dan pembangunan sepatutnya menjadi keutamaan para pemimpin parti termasuk Umno Kalabakan.

Seseorang wakil rakyat dinilai oleh rakyat selepas tamat penggal, apa kah harapan mereka dipenuhi, khususnya kemajuan dan pembangunan, termasuk lah kemudahan asas rakyat di kawasan yang diwakili.

Meminta pendirian seseorang wakil rakyat yang “terperangkap” dengan senario politik semasa menyebabkan wakil rakyat itu dalam dilema, sedangkan tindakan meminta pendirian tidak menyumbang pada gerak kerja seorang wakil rakyat.

Sepatutnya selepas pilihan raya, setiap wakil rakyat diberi peluang dan ruang keupayaan menunaikan janji-janji dan harapan rakyat yang diwakili, bukannya mengetahui pendirian. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment