Home » Anwar dijangka hadir sambutan Pesta Kaamatan Sabah
Berita Tempatan Politik

Anwar dijangka hadir sambutan Pesta Kaamatan Sabah

Ketua Menteri Sabah menerima kunjungan hormat daripada Presiden KDCA Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Joseph Pairin Kitingan bersama rombongan Pejabat Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini kelmarin. G-Admin

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghadiri sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) 31 Mei depan.

Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perkara ini adalah perbincangan utama semasa rombongannya mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.


Dalam mesyuarat terbabit, Pairin turut membentangkan laporan pembangunan KDCA kepada Hajiji termasuklah rancangan menaik taraf dan membesarkan bangunan KDCA dan penubuhan Yayasan Pendidikan dan Amal Huguan Siou.


Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

— Vivi Olviana Najurus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment