Home » Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun
Berita Am Berita Luar Negara Hiburan

Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun

Turner yang menderita sakit berpanjangan meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Ksnacht dekat Zurich, Switzerland. – Foto REUTERS

PENYANYI dan penghibur ‘evergreen’, Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Turner yang menderita sakit berpanjangan meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland.

Turner yang popular dengan lagu hit ‘What’s Love Got To Do With It’ dan ‘The Best’ telah menjadi warganegara Switzerland sejak sedekad lalu.

Turner dilahirkan sebagai Anna Mae Bullock di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di ladang seluas 260,000 kaki persegi di Tasik Zurich.

Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.

Semasa hayatnya, Turner berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia, memenangi 12 anugerah Grammy dan telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.

Penyanyi itu pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis.

Turner bagaimanapun berjaya bangkit semula dan mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia.

Turner menderita penyakit seperti bronkitis, radang paru-paru dan pneumothorax.

Dalam pada itu, White House berkabung atas kehilangan penyanyi superstar Tina Turner.

Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata pemergian besar kepada komuniti yang menyayanginya dan kepada industri muzik.

Jean-Pierre yang mengaku dirinya sebagai salah seorang peminat Turner berkata bahawa lagu-lagu Turner akan terus hidup dan dikenang peminatnya.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment