Home » Masiung alu-alukan Juil sertai GRS
Berita Tempatan

Masiung alu-alukan Juil sertai GRS

Masiung (kiri) dan Juil

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mengalu-alukan peneyertaan bekas Timbalan Presiden Parti Kesajetheraan Demoktatik Masyarakat (KDM), Datuk Juil Nuatim ke dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita menerima baik penyertaan Juil ke dalam GRS dan berharap rakyat di kawasan Limbahau yang beliau wakili turut mendapat manfaat,” katanya yang juga Wakil Rakyat Kuamut.  

Masiung melahirkan keyakinan di bawah landasan GRS, rakyat pelbagai kaum di Sabah dapat disatukan dalam satu gabungan politik. 

Katanya, keputusan ADUN Limbahau itu menyertai GRS dibuat amat bertepatan dengan situasi parti yang beliau (Juil) wakili sebelum ini. 

Pada 20 Mei lalu Juil mengisytiharkan keluar dari KDM dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu untuk meyertai GRS. 

Ketika ditemui semasa menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam, Wakil Rakyat Limbahau itu berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas membuat pertimbangan secara matang. 

Katanya, walaupun KDM bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional namun agak sukar diterima dalam GRS di peringkat negeri. 

“Buat masa ini saya belum memikirkan untuk menyertai mana-mana parti tempatan, memadaikah saya terus bernaung di bawah GRS,“ jelasnya.

Menurutnya, gabungan baharu UMNO, Warisan dan KDM yang diumumkan baru-baru ini jelas memberi petunjuk tiga parti itu bakal menjadi pembangkang di peringkat neger Sabah. 

wartaoriental