PRIHATIN: Hajiji (tengah) menyerahkan sumbangan kepada bakal-bakal haji daerah Tuaran.
TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor meraikan dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada seramai 38 orang bakal haji daerah Tuaran tahun 2023.
Majlis berkenaan diadakan di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik di sini pada Jumaat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menasihatkan bakal jemaah haji agar mengekalkan disiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
“Dalam masa sama jaga juga kesihatan supaya urusan ibadat haji berjalan lancar, ikut tertibnya dan dipermudahkan di sana nanti,” katanya.
Hajiji turut mendoakan agar urusan haji bakal-bakal haji dipermudahkan dan beroleh haji yang mabrur.
— Yap Siong Han
Add Comment