ANGKAT SUMPAH: Hajiji (kanan) ketika menyaksikan angkat sumpah jawatan berkenaan.
KOTA KINABALU: Dua orang Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) baharu, Nerudin Ludah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Mahadzir Abdul Majid bagi DUN Tanjung Keramat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri Datuk Ridhwan Roger Linus dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Awang Kadin Tang.
— Yap Siong Han
Add Comment