Home » Program Outreach Santuni Wanita tawar kepelbagaiaan khidmat kerajaan – James
Berita Tempatan Politik

Program Outreach Santuni Wanita tawar kepelbagaiaan khidmat kerajaan – James

James merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang amat bermanfaat itu. Ucapan beliau telah disampaikan oleh Pembantu Menteri KPMKR Datuk Flovia Ng.

KOTA BELUD: Kerajaan Sabah buat julung kalinya telah melakar sejarah dengan mengadakan program Outreach Santuni Wanita : “Merakyatkan Perkhidmatan Rakyat” di daerah Kota Belud.

Datuk James Ratib berkata ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan negeri terhadap kelestarian wanita serta masyarakat di negeri ini khususnya di Kota Belud.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat(KPMKR) Datuk James Ratib

“Program Outreach ini merupakan kesinambungan flagship atau inisiatif baharu projek berimpak tinggi sektor modal insan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan hala tuju kementerian kami bagi tahun 2021 hingga 2025 di bawah pelan Sabah Maju Jaya.”

” Ia diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang dibawakan khas daripada Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) serta agensi-agensi yang terlibat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianjurkan, ujarnya.

Antara khidmat yang ditawarkan oleh JHEWA ialah Perkhidmatan Pusat Guaman Wanita Sabah (PBGW) yang diselia oleh mereka secara percuma Mahkamah Syariah, Sivil dan Anak Negeri terutamanya yang melibatkan kes kekeluargaan.

Sepanjang tempoh program ini berlangsung, JHEWA telah menyantuni seramai 2,653 orang di 38 kawasan DUN. Ia telah menjadi wadah penyampaian perkhidmatan serta perkongsian ilmu yang sangat efektif dalam usaha untuk memperkasakan golongan wanita secara amnya agar terus relevan dan menepati keperluan semasa.

“Saya berasa berbesar hati atas inisiatif pihak JHEWA yang telah bekerja keras demi memastikan kelangsungan program kemasyarakatan sebegini baik dalam aspek keusahawanan, pembangunan kewanitaan serta perundangan.”



James yang juga merupakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat(KPMKR) , berkata demikian di perasmian majlis penutupan program Outreach Santuni Wanita : “Merakyatkan Perkhidmatan Rakyat” bagi DUN N8 Pintasan, N9 Tempasuk, N10 Usukan dan N11 Kadamaian di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud pada selasa ini. Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri KPMKR Datuk Flovia Ng.

Program anjuran bersama Pejabat Daerah Kota Belud, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dari DUN-DUN yang terlibat dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) itu berjaya mengumpulkan seramai hampir 400 peserta dari penjawat awam, pemimpin akar umbi seperti JPKK, wanita, belia dan masyarakat dari kawasan-kawasan terlibat.

James menyeru agar JHEWA dan agensi -agensi kerajaan yang terbabit terus mengemleng tenaga dan giat melaksanakan program kemasyarakatan seperti program Outreach Santuni Wanita.