Home »  Pemilihan Umno Bahagian Kota Kinabalu tidak telus dakwa 64 cawangan UMNO
Berita Tempatan Politik

 Pemilihan Umno Bahagian Kota Kinabalu tidak telus dakwa 64 cawangan UMNO

Jurucakap mewakili kumpulan tersebut, Kapten Dr. Zulfikar Zulkifli mendakwa pemilihan semula yang dibuat semalam tidak sahih kerana berlaku pertukaran nama bagi pemilihan sayap dan bahagian. (Gambar: Agust Dean)

KOTA KINABALU: Sebanyak 64 cawangan Umno mendesak pemilihan Umno Bahagian Kota Kinabalu dibatalkan dan diadakan sekali lagi susulan pemilihan yang berakhir semalam didakwa tidak telus.

Malah, kumpulan itu mendakwa berlaku penyelewengan semasa pemilihan dilakukan hingga menyebabkan sebahagian cawangan tidak layak untuk mengundi dan mengambil bahagian dalam pemilihan.

Jurucakap mewakili kumpulan tersebut, Kapten Dr. Zulfikar Zulkifli mendakwa pemilihan semula yang dibuat semalam tidak sahih kerana berlaku pertukaran nama bagi pemilihan sayap dan bahagian.

Di samping itu, ada cawangan yang telah berjaya bersidang tapi, tidak layak untuk terlibat dalam pemilihan kerana didakwa bersidang secara tidak sah disebabkan pelapor tidak hadir semasa mesyuarat cawangan diadakan.

— Agust Dean

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment