Home » Hajiji beri penghormatan terakhir kepada Mantan Ahli Parlimen Kalabakan
Berita Tempatan Politik

Hajiji beri penghormatan terakhir kepada Mantan Ahli Parlimen Kalabakan

Hajiji memberi penghormatan terakhir kepada sahabat seperjuangan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh di Masjid Jamek Kampung Likas, di sini, hari ini.

Hajiji bersama rombongan kemudiannya menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di mana ahli politik veteran dan mantan Ahli Parlimen Kalabakan itu dikebumikan.

Terdahulu, media melaporkan mantan Ahli Parlimen Kalabakan itu menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 12.07 tengah malam tadi, pada usia 80 tahun.

Selain menjadi Ahli Parlimen Kalabakan dan ADUN Merotai, arwah pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah pada era 90an.

— TAMAT