Jumlah Perdagangan Sabah 2022 melepasi Angka RM100 Billion Petanda Kecemerlangan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS ) pimpinan YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Pada 31 Julai 2023 lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan tentang Jumlah Perdagangan Sabah Merekodkan Pertumbuhan Tertinggi 35.4% pada tahun 2022, melepasi RM100 Billion.
Jumlah perdagangan Negeri Sabah pada tahun 2022 berjumlah RM118.1 Billion berbanding tahun sebelumnya RM87.2 Billion.
Pengumuman ini disambut baik oleh pelbagai lapisan rakyat di Negeri Sabah.
Ini adalah manifestasi jelas dari kerja keras Kerajaan GRS pimpinan Hajiji sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Negeri Sabah pada September 2020.
Sejak mengambil alih kerajaan negeri di kala dunia berdepan dengan pandemik covid 19, Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil pelbagai inisiatif dan bekerja keras untuk memulihkan kembali ekonomi dan ini dapat dibuktikan dengan pengumuman Ketua Perangkawan Malaysia tersebut baru baru ini.
Selaku Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad yang merupakan badan pelaburan strategik milik Kerajaan Negeri Sabah, saya bersama rakan rakan pimpinan yang telah diberi amanah akan bekerja keras ke arah memastikan pertumbuhan ekonomi Negeri Sabah akan terus kukuh dan mampan demi kemakmuran Negeri Sabah selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya.
Laporan ini juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan kepada para pelabur untuk datang dan membawa lebih banyak pelaburan di Sabah.
Laporan Ketua Perangkawan Malaysia tersebut juga secara tidak langsung menepis dakwaan dan tohmahan dari pihak pembangkang yang mendakwa Ekonomi Negeri Sabah lemah di bawah pimpinan Kerajaan GRS.
YB Datuk Dr Yusof Yacob
Pengerusi Qhazanah Sabah Bhd.
ADUN N35 Sindumin.
Pengerusi GRS Backbenchers
Add Comment