Home » Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak menemani Perdana Menteri dalam pertemuan dengan Sultan Brunei
Berita Tempatan Politik

Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak menemani Perdana Menteri dalam pertemuan dengan Sultan Brunei

Baginda Sultan merangkap Perdana Menteri Brunei tiba di ibu negara semalam untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini.

PUTRAJAYA:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin-pemimpin yang menemani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien, di sini hari ini.

Baginda Sultan merangkap Perdana Menteri Brunei tiba di ibu negara semalam untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini. 

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. 

Pertemuan itu menyaksikan beberapa perkara telah dipersetujui antara Malaysia dan Brunei untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan, serta kehakiman syariah melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU).

Lawatan negara Sultan Brunei ke Malaysia juga merangkumi permeteraian perjanjian triti berkaitan Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP).

Farah Diyana Samsuddin