Home » Astro ambil alih Basecamp Films, perluas khidmat pasca penerbitan
Berita Am Berita Dalam Negara

Astro ambil alih Basecamp Films, perluas khidmat pasca penerbitan

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd.


KUALA LUMPUR:
Astro Productions Sdn Bhd (APSB), anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, akan menawarkan perkhidmatan pasca produksi atau penerbitan susulan pemeteraian perjanjian dengan studio visual yang pernah meraih anugerah, Basecamp Films Sdn Bhd.

Perjanjian itu turut melibatkan pekerja, kemahiran, pengalaman serta aset Basecamp Films yang diserapkan ke dalam APSB bagi membentuk unit baharu, Astro Sound+Vision khusus untuk pembangunan masa depan pasca produksi untuk Astro serta industri terbabit.

“Menerusi pengembangan unit Sound+Vision ini, Astro kini dalam kedudukan tepat untuk menyampaikan standard antarabangsa serta hasil akhir kandungan video yang berkualiti untuk Astro dan pihak luar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Euan Smith dalam kenyataan semalam.

Perkhidmatan Astro Sound+Vision itu turut meliputi aspek pengredan warna berkualiti tinggi berasaskan pawagam, pasca produksi Dolby Vision HDR, perkhidmatan makmal digital penuh serta output akhir penstriman 4K/HDR ke pawagam digital. — BERNAMA

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment