Home » LIGS menyumbangkan RM1.5 juta kepada kerajaan negeri
Berita Tempatan Politik

LIGS menyumbangkan RM1.5 juta kepada kerajaan negeri

Hajiji (tengah) menerima sumbangan berkenaan daripada Edward (lima kiri), sambil disaksikan Sabdil (lima kanan) serta Ahli Lembaga yang lain.

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) membayar sejumlah RM1.5 juta sumbangan kepada kerajaan negeri untuk tahun 2022.

Ia adalah kali kedua LIGS menyampaikan sumbangan seumpamanya kepada kerajaan negeri selepas kali pertama dilakukan pada 2021 dengan jumlah RM1.3 juta.

Pengerusi LIGS Datuk Edward Linggu menyampaikan replika cek kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, semalam.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Pengurus Besar LIGS Sabdil Tanjong dan para Ahli-ahli Lembaga syarikat berkenaan.

Taklimat turut diadakan untuk menjelaskan aktiviti serta program LIGS kepada Hajiji, seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPS), Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), Insentif Pendapatan Rakyat (IPR) 2023 dan usaha maju ke hadapan bagi memperkasakan industri getah Sabah.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment