KOTA KINABALU:Pergerakan Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif kelmarin di pejabat Wisma Bandaraya.
Kunjungan itu diketuai Ketua Wanitanya Datuk Redonah Bahanda, Ketua Beliawanis Emmie Martin Idang dengan disertai Penolong Bendahari Datuk Jamaliah Antalip, Ketua Wanita Sukau, Dayang Norhayati Titing, Ketua Wanita Likas, Halizah Din, Ketua Wanita Membakut Dayang Hairena Awang Basir, Penolong Setiausaha Beliawanis Siti Khalidah Mahalil dan Ketua Penerangan Beliawanis Carmen Meldan.
Dalam kunjungan itu, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata pelbagai inisiatif bantuan pendidikan kerajaan negeri Sabah berikan di antaranya adalah BUDI, BAKTI, BISBAH, BAGUS dan bayi Sabah yang lahir tahun 2023 dapat bantuan BISTARI yang ibu bapanya berasal daripada Sabah.
Tambah Arifin simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun SIMPAN SSPN PRIME
“Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencapai usia 18 tahun. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://cutt.ly/BISTARI2023,” katanya semasa pertemuan dengan kedua-dua Pergerakan Wanita dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah kelmarin.
Permohonan dibuka bermula 𝟭 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 .
Sebarang maklumat lanjut mengenai 𝗕𝗜𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, boleh layari: FB Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri atau hubungi 088-369872/ 012-8662419 atau hubungi Pegawai PTPTN http://m.me/PTPTNSabah?text=BISTARI.
— Liza Din
Add Comment