ARUL: Saya perlu mencari jalan penyelesaian kerana ini adalah tugas saya, dengan 10 pemain sekalipun, saya tetap akan menjalankan latihan. – Foto Astro ARENA
‘INI fasa paling sukar sebagai jurulatih.’
Demikian luahan ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj, selepas melewati siri masalah kecederaan pemain.
Situasi tersebut membuatkan Arul terpaksa fokus kepada latihan berskala kecil dengan hanya melibatkan 12 orang pemain.
Selebihnya masih lagi tidak dapat bersama sesi latihan intensif minggu ini, dengan pemain seperti Faizal dan Fitri Saari serta Najmi Farizal Jazlan terpaksa disisihkan.
Masalah kecederaan seringkali melanda kem negara, sehingga membuatkan Arul terpaksa menaruh harapan terhadap pemain muda.
Apakah yang sebenarnya berlaku?
Apakah corak latihan terlalu keras, atau, program pemerkasaan kondisi pemain tidak berada di tahap optimum?
“Ia adalah fasa yang paling sukar. Kami ketiadaan pemain yang cukup untuk melakukan apa-apa ketika ini,” kata Arul menerusi Nadi Arena.
“Namun saya perlu mencari jalan penyelesaian kerana ini adalah tugas saya. Dengan 10 pemain sekalipun, saya tetap akan menjalankan latihan.
“Saya telah berbincang dengan pasukan perubatan pasukan mengenai pemain yang mengalamikecederaan dan saya berharap mereka dapat kembali pulih bagi menjalani persiapan bersama pasukan.”
— AWANI
Add Comment