GAJI, elaun wakil-wakil rakyat, menteri, pengerusi adalah hak sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan itu.
Kerana hak itu, seingat penulis, semasa era Parti Warisan, hari ini angkat sumpah jawatan, esok lexus land cruiser atau land cruiser superking parking di garage rumah,dengan nombor khas,malah yang berjawatan menteri, menggunakan plat MENTERI.
Selepas kehilangan kuasa, kerana tidak boleh membayar angsuran bank, maka kereta-kereta itu terpaksa dikembalikan kepada bank, walaupun tidak semua.
Kini, pencacai Parti itu, mempersoalkan gaji, elaun wakil rakyat,menteri,pengerusi agensi/GLC kerajaan hari ini, seolah-olah para pemimpin mereka berjuang untuk mendapatkan kuasa akan tetapi memberi perkhidmatan percuma. Betapa hipokritnya mereka ini.
Bebanan kewangan wakil rakyat, menteri atau mereka yang berjawatan politik bukan ringan, kerana bagi yang faham, akan tahu, bahawa setiap mereka yang berjawatan itu, setiap penyokong atau rakyat yang menyokong mereka adalah ‘KELUARGA dalam politik”. Mereka yang hipokrit sahaja tidak faham erti KELUARGA!!!.
Wakil rakyat yang sentiasa menganggap penyokong dan rakyat yang diwakili adalah “keluarga politik” maka terus mendapat sokongan setiap kali menjadi calon dalam pilihan raya. Apa maknanya? Kerana gaji, elaun yang mereka dapat itu turut dikongsi dengan ahli keluarga.
Selain dapat membantu ahli keluarga, mereka itu juga komited membela, memajukan rakyat dan negeri.
Atas sebab itu, apabila ramai wakil-wakil rakyat sealiran dengan kerajaan, maka semakin ramai lah ahli keluarga terbela. Maknanya semakin ramai rakyat juga turut terbela, kerana penyokong itu juga adalah rakyat.
Mengapa parti Warisan tidak mendapat sokongan rakyat? Sebabnya wakil rakyat mereka, para menteri, pnegerusi, membolot semua gaji, elaun yang diterima, tanpa berkongsi dengan penyokong, kerana mengutamakan gaya hidup mewah.
Kini mereka itu cuba memesongkan rakyat pula, bahawa mereka mengejar kuasa seolah-olah memberi perkhidmatan percuma pada rakyat, tidak menerima gaji dan elaun.
Pencacai Parti Warisan mungkin merasa pelik, sebahagian besar wakil rakyat, menteri,pembantu menteri, pengerusi agensi/GLC kerajaan hari ini hanya menggunakan kenderaan yang disediakan, manakala wakil rakyat pula terpaksa membeli kenderaan sendiri untuk digunakan berkhidmat di kawasan masing-masing, tidak lah mewah sangat, walaupun ada juga yang membeli superking atau lexus.
Mempertikaikan gaji, elaun wakil-wakil rakyat, menteri, atau lantikan politik, seolah-olah mempertikaikan amalan negara, amalan negara-negara seluruh dunia.
Penulis yakin pencacai Parti Warisan tahu berkaitan gaji,elaun wakil rakyat,menteri negara Singapura, yang melebihi setengah juta ringgit sebulan.
Kepada pencacai Parti Warisan, kalau pun beria-ia sangat mahu menarik sokongan rakyat, jangan lah hipokrit, jangan seperti burung unta, sembunyikan kepala dalam pasir, kerana mata tertutup mengganggap orang tidak nampak, sedangkan badan besar terlondeh.
Mengapa para pencacai Parti Warisan beria-ia sangat membantu para pemimpin mereka untuk mendapat sokongan rakyat? Sebabnya, apabila kuasa ditangan, maka mereka ini mendapat peluang untuk dilantik dalam jawatan-jawatan politik, seperti mana dilakukan semasa era Parti Warisan, seolah-olah Sabah ini milik mereka, sesuai dengan slogan mereka “Sabah Kita Punya”
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News
Add Comment