PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya menyumbangkan satu unit mesin ultra sound kepada Klinik Kesihatan Putatan.
Semasa sesi penyerahan mesin, Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keramat dan Ahli Parlimen Putatan diwakili Setiausaha Politik beliau, Sufian Matin dan diterima Ketua Klinik Kesihatan Putatan Dr.Nik Farah Nik Fuad Yusof dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Kesihatan Putatan.
Pengerusi Penasihat Panel Klinik Kesihatan Putatan, Ahmad Mahmod yang turut hadir bersama Ahli-ahli Panel berkata mesin yang akan memberikan faedah kepada pesakit-pasikt di klinik itu disalurkan melalui Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan.
“Kita amat berterima kasih kepada Shahelmey kerana sudi menyumbangkan mesin ini yang mana ia adalah satu usaha kebajikan untuk digunakan oleh pesakit-pesakit dari Putatan dan kawasan berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Ahmad berkata sebagai Klinik Kesihatan yang dikunjungi oleh ribuan pesakit dari daerah ini juga memerlukan kemudahan lain seperti yang terdapat di hospital besar agar pesakit dari Putatan dan kawasan sekitarnya tidak perlu lagi pergi ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) atau HQE2 bagi mendapatkan rawatan.
–Vivi Olviana Najurus
Add Comment