Home » PRN17 Sabah:Parti khianati aspirasi rakyat bakal terkubur
Politik Sudut Pandangan

PRN17 Sabah:Parti khianati aspirasi rakyat bakal terkubur

Kehadiran pemimpin politik seperti Datuk Seri Shafie Apdal (kiri) dan Datuk Bung Moktar Radin (kanan) tidak memberi apa-apa faedah pada rakyat Sabah, kerana tiada apa yang mereka boleh berikan pada rakyat, selain menimbulkan kecelaruan dan ketidak stabilan.

PRN16 Sabah pada September 2020 memberi pelajaran, bahawa parti yang khianat pada aspirasi rakyat dihukum oleh rakyat.

Pada PRN17 Sabah akan datang keadaan sama akan berulang.

Jika betul lah Umno Sabah, Warisan dan PKDM akan bekerjasama untuk berhadapan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN itu, maka memudahkan rakyat membuat keputusan, seperti mana PRN16 Sabah.

Hakikatnya rakyat Sabah menunggu momen, kerjasama antara Umno Sabah, Warisan dan PKDM, kerana ketiga-tiga parti itu rakyat tahu dipimpin oleh pemimpin yang mahu menggunakan rakyat untuk mendapat kuasa untuk kepentingan peribadi.

Datuk Bung Moktar Radin Pengerusi UMNO Sabah mempunyai rekod khianat pada mandat rakyat, cuba menumbangkan kerajaan yang diberi mandat, kerana mahu menjadi Ketua Menteri menerusi tebuk atap. Demikian juga Datuk Shafie Apdal, sanggup mengadakan pilihan raya dikala pandemik COVID-19 sedang memuncak, sehinggakan PRN16 Sabah menjadi punca menyebarnya jangkitan COVID-19 di seluruh negara. Manakala Datuk Peter Anthony pula, cuba bermain di berbagai kolam, hanya untuk mendapatkan kududukan.

Tiada rekod yang boleh dijual oleh ketiga-tiga pemimpin itu kepada rakyat, melainkan rekod kerakusan untuk mendapatkan kuasa.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Datuk Peter Anthony .

Rakyat Sabah pada umumnya tidak lupa, kerajaan tebuk atap Shafie, hampir memusnahkan perekonomian Sabah. Manakala Bung hanya tahu bercakap semasa sebahagian Kerajaan GRS, akan tetapi, hasil kerja kosong. Demikian juga Peter Anthony, tiada sumbangan kepada rakyat Sabah semasa menjadi menteri era Warisan, kecuali lif naik ke pejabat beliau dipasang karpet, selain kereta berflatkan MENTERI.

Tidak keterlauan, UMNO Sabah akan terkubur di bawah pimpinan Bung, manakala Warisan terkubur sendiri, kerana penyokongnya menolak, kerana tidak mahu menjilat kahak sendiri. Para penyokong Warisan tahu betul, kewujudan Warisan adalah untuk menguburkan Umno Sabah. Manakala PKDM akan mengalamai keadaan sama, kerana khianat pada penyokong parti Warisan.

Kerjasama Umno Sabah, Warisan, PKDM, menambah kekuatan dan peluang pada GRS, mengurangkan ancaman dan cabaran. Ertinya memudahkan parti yang dipimpin Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menang besar, seperti ucapan Naib Presiden Gagasan Rakyat yang juga ADUN Kuamat, Datuk Masiung Banah semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat pada 13 November di SICC, Kota Kinabalu, bahawa sebelum ayam berkokok pada PRN17, Hajiji boleh menghadap TYT untuk mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

PRN2023 di enam negeri di Semenanjung, telah menjadi bukti, bahawa UMNO menuju parti matahari terbenam, seperti juga Warisan kerana terbukti pada PRU15, gagal mempertahankan sebahagian besar parlimen yang disandang, termasuk kekalahan Timbalan Presiden parti itu di Parlimen Penampang.

Kerjasama Umno Sabah, Warisan, PKDM, jika benar-benar berlaku, menunjukkan tuah bagi rakyat Sabah, kerana terlepas daripada parti yang mempunyai pemimpin gila kuasa dan kedudukan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News