Home » Isu ahli parti berganda
Politik Sudut Pandangan

Isu ahli parti berganda

Beberapa penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengibarkan bendera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 setahun yang lalu. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEKRETARIAT Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu semak silang keahlian parti-parti gabungan untuk mengelak ahli parti berganda.

Jangan sesekali ada anggapan bahawa ahli sesebuah parti dalam gabungan cuba “mencuri” ahli parti sesama gabungan, kerana permohonan keahlian sepenuhnya terletak pada pemohon.

Di Sabah, bukan luarbiasa, seorang individu mempunyai keahlian di berbagai parti, terutama mereka yang mencari peluang, bukan perjuangan.

Untuk membersihkan GRS daripada ahli berganda, maka setiap parti perlu menyediakan daftar keahlian pada sekretariat GRS untuk disemak silang (cross check), dan mengumpulkan mereka yang memohon keahlian berganda, perlu diberikan surat pengesahan, mana satu parti yang dipilih, yang diiringi syarat keahlian mereka perlu diluluskan oleh sekretariat Gabungan, bukan di peringkat parti.

Pendekatan ini perlu, bukan sahaja untuk mengelak perselisihan antara parti, akan tetapi untuk membebaskan masing-masing parti daripada ahli yang menyertai parti bukan kerana perjuangan akan tetapi parti adalah tempat mencari peluang (cari makan).

Kehadiran ahli-ahli sedemikian bukan sahaja parti akan tertipu terutama dalam pilihan raya, akan tetapi, menjadikan sesebuah parti yang mempunyai ahli, yang boleh bertukar warna dalam sekelip mata.

Keahlian berganda juga, merupakan punca, mengapa menukar kerajaan di Sabah seperti tukar baju.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News