Home » Agihan kerusi: GRS kekalkan status quo
Politik Sudut Pandangan

Agihan kerusi: GRS kekalkan status quo

PENULIS percaya, pendekatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhadapan PRN17 kekalkan status quo, ertinya setiap penyandang daripada parti gabungan akan kekalkan kerusi masing-masing.

PENULIS percaya, pendekatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhadapan PRN17 kekalkan status quo, ertinya setiap penyandang daripada parti gabungan akan kekalkan kerusi masing-masing.

Kerana pendekaatan demikian, maka setiap penyokong atau ahli parti gabungan diambilkira sebagai penyokong calon-calon gabungan.

Oleh kerana pendekatan demikian, maka tidak sepatutnya timbul ‘merekrut” ahli daripada parti komponen.

Semalam Naib Presiden PBS, Datuk Ruslan Muharam mendakwa ada parti komponen GRS “merasuah” ahli parti komponen lain untuk menyertai parti lain, tetapi tidak menamakan parti yang bertindak demikian.

Jika maksud ADUN Lumadan itu adalah Gagasan Rakyat, maka cukup malang, kerana parti komponen terbaharu gabungan itu sebenarnya tidak perlu “merampas” ahli komponen parti lain, kerana semasa dilancarkan pada 2 Mac lalu telah mempunyai lebih 100 ribu ahli. Jumlah itu mencukupi untuk tujuan penubuhan cawangan-cawangan.

Tuduhan “merasuah” adalah dakawaan yang amat serius apatah lagi dikeluarkan oleh pemimpin kanan parti komponen.

Dakwaan seumpama ini seolah-olah memberi pisau pada lawan untuk menikam parti Gabungan, dan terbukti, Pengerusi Umno Sabah, Datuk Bung Moktar Radin menangguk di air keruh, apabila mengucapkan tahniah pada pembantu menteri dalam kerajaan GRS tersebut.

Ekoran dakwaan Naib Presiden PBS itu, dua Ketua Bahagian Gagasan Rakyat, Datuk Isnin Aliasnih dan Mazlan Joehari Manan memberi respon, bahawa pada hakikatnya di pihak Gagasan Rakyat, tiada langsung niat merampas ahli-ahli parti komponen. Jika memang berlaku, ada ahli parti komponen diterima sebagai ahli Gagasan, ianya sepenuhnya terletak pada individu terbabit, yang tidak berkata benar berkaitan status keahlian pada mana-mana parti.

Parti Gagasan Rakyat semasa menerima borang permohonan daripada para individu, soalan pertama, apa kah pernah menjadi ahli parti, jika ya, maka parti yang mana?. Jika membabitkan parti komponen, permohonan tidak akan diperoses.

Di Sabah, keahlian berganda, sudah menjadi kebiasaan, bagi mereka yang menyertai parti untuk mencari peluang, bukannya perjuangan. Sebab itu, semasa pilihan raya, mana-mana parti tidak pernah mendapat jumlah yang seperti mana jumlah keahlian di pusat-pusat daerah mengundi (PDM), kerana isu keahlian berganda.

Atas sebab itu, untuk merungkai isu ini, tindakan yang perlu, adalah untuk melaksanakan semak silang (Cross check) antara ahli-ahli parti, supaya di masa hadapan tidak timbul lagi dakwaan ada parti komponen “merampas” ahli parti dalam Gabungan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment